Follow Twitter Like Dashboard
Tokens?

TITLE; What is Crush?
Wednesday, 21 March 2012 | 3:37:00 am | 0 comments
Semua orang tahu Crush tu apa. Tapi ada some lagi yang tak tahu. Termasuklah aku pada mula mulanya. KuiKui. Sekarang dah tahu, tu yang aku nak share pula dengan korang ni. Sharing is Caring, Caring is Loving. Kannnn? Muehehe. Crush tu sebenarnya bukan bunyi pinggan yang pecah sebab tangan korang licin then pinggan tu terlepas dari tangan then pecah dan berbunyi Kerash! No no no no.


Bagi aku, Crush tu adalah seorang hamba ALLAH iaitu manusia yang dicipta mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan sangat menarik. Kiranya dia ni… Cantik menarik tertarik dia memang Da Bomb! Gituuuuu. Dia boleh menyebabkan lu, lu dan lu semua tertarik dengan dia. Bukan tu aje, mungkin lu semua ni pun suka dengan cara dia bergaul, sikap dia yang baik/comel dan rupa dia yang tak kurang kacak dan lawanya. Bila kau Nampak dia je, jantung kau berdebar dan berdegup, “Dap Dip Dup. Dap Dip Dup” Bunyi laaaaagu ~~ Eh. Ha, tapi memang macam tulah kan. Mungkin ada yang denyutan nadi dia terhenti 1 saat kan. Teruja sangat tengok si dia.


Kalau orang tu Crush, kitalah Secret Admirer nya. Peminat setia yang senyap dan kita usha Crush tu dari jauh sebagai tanda sayang. HAHA. Bak kata Zizan a.k.a Abang  Long Fadil kepada Abang Long Malek, “Usha dari jauh je sayang, Asal usha dari jauh je sayang”. Dah selalu usha tu mulalah ada niat yang suci lagi murni, iaitu nak kenal dia dengan lebih rapat, rapat, rapat dan terus berkahwin. Eh tu dah over. Hari hari berangan yang suatu hari nanti dia akan jatuh hati dengan kita dan ada perasaan yang sama kat kita. Indahnya….. *daydreaming*


Memang macam macam lah dalam otak fikiran dan hati kita tu kan. Kononnya kita suka dia, dia tak perasan tapi dah lama lama, dia tahu dan jatuh hati kat kita. Selain tu, dia tergelincir sebab terpijak kulit Bananana, kita keluar dari mana ntah then selamatkan dia. Then mata bertentang mata selama 5 minit gitu kan, then Crush tu jatuh cinta kat kita. Ceh, cinta yang paling indah lah tu eh. Puih! HAHA :p



Okay demi mencapai impian tu kita terus mengintai Crush tu kalau ada peluang. Mungkin dalam pada kita berbual dengan dia tu, kita sempat korek latar belakang dia kan. Sampai satu tahap yang menyeronokkan bagi kita tapi mungkin menyeramkan bagi Crush tu, kita si Secret Admirer dah macam Paparazzi. Kemana dia pergi, kita dengan camera DSLR kita tu zoom then snapp segala gelak tawa dan senyuman dia yang menawan letteww kan. Kita kejar dia bagai nak rak. Kalau bertuah, banyak dan comel comel lah gambar yang kita dapat. Kalau malang dan tak pro, satu gambar pun tak dapat. Pfft! Sedih T.T


Terus terang…… Aku pun ada CRUSH!!!! Hehehe. Benda yang aku cerita ni semua berdasarkan pengalaman aku :/. Jadi… Kalau tak dapat nak kejar sangat Crush kau tu, mungkin sebab dia ‘lari’ laju sangat kan sampai tak terkejar, TERUSKAN BERUSAHA! Mak Jemah pun. Okay? Okay okay okay okay okayyy *suara Mus May Jun Julai Ogos* HAHA. Bye! 
Kalau sayang Crush tu, dapatkan dia! Teruskan perjuangan wahai Secret Admirer.
By a Secret Admirer,
iAmMaisarah 

Labels:



Old things | New things