Follow Twitter Like Dashboard
Tokens?

TITLE; ABPBH dan Aaron Aziz
Thursday, 29 March 2012 | 4:43:00 AM | 0 comments

Assalamualaikum! Hai Hai Hai! Hmm. Aku memang happy sangat! Sebab Mak Jemah dapat jumpa dengan  Aaron Aziz semalam!!!! Aku pergi jelajah ABPBH kat Kompleks Pasir Gudang dengan #Aaronators. Memang happy gila duh. Banyak juga lah artis. Ada Aaron Aziz, Johan Asari, Neelofa, Adi Putra, Shila Amzah, Nabil, Didie Alias, Chad Hot Fm and banyak lagi. Orang pun ramai, dalam 10,000 manusia gitu kat sana. WOW

Abg Aaron keluar lambat. Mungkin abpbh sengaja buat macam tu supaya orang tahan lama kat situ. HAHA. Penat kot aku and #Aaronators tunggu. Cari port lagi. Tapi tak ada masalah ~ Kitorang sanggup demi artis kesayangan kitorang yang kitorang anggap macam Abang sendiri. Masa Adi Putra keluar tu Fuhhhhh! Menjerit kitorang and penonton. Yelah, Aaron kan rapat dengan Adi Putra, so #Aaronators pun rapat dengan #Hotlovers. Aku and #Aaronators menjerit gila gila. Lagi lagi aku dengan Ika. Tapi Ika lagi hebat lah. HAHAHAHA :p

Masa tu Abg Adi siap bagi flying kiss lagi tau kat kitorang. Jangan jealous okay! *gaya MJ* Lambai lambai lagi. Memang best lah. Aku dapat sabun Lux. Didie Alias bagi, dia campak kat aku. Aku apa lagi, tangkap lah. Free kot. Jimat sikit. Tapi sehebat-hebat ADP,  hebat lagi masa Aaron keluar. WOW. Histeria duh kitorang and penonton lain. Kompleks tu macam nak runtuh dah. Aku lah jerit jerit wooooo! woooooo! and nama Abg Aaron like “Aaron!!! Abang Aaron!!!!! Aaaaaaaaarooooonnnn!!!!!!!!” Ha! Amek kau. Kitorang pun jerit panggil nama Kak Diyana. Nasib baik dia nampak. Penat tau kak D T.T

Abg Aaron sempat juga promote M7. Dia bagi T-Shirt kat 6 orang penonton. T-shirt yang dia bagi tu ada sign dia lagi duh. Jealous pula Mak Jemah. Humph! Tak ada masalah ~ Diorang first time jumpa. Bagilah peluang kat diorang pula kan.  Abg Aaron keluar sekejap je. TAPI! TAPiiiii! Lepas tu kitorang jumpa abg Aaron kat Hotel Selesa tau! Haaaa! Ni PERSONAL DATING punya yang memang khas untuk #Aaronators. Jangan jealous uollsssss!!!!

Yang aku teruja sangat tu bila abg Aaron sebut “Maisarah”. OMG! Alhamdulillah! Dia ingat lagi nama aku. Tulah yang aku harapkan. Aku tak nak dia lupakan aku. Macam biasalah, aku dapat bergambar dengan dia. Berbual sekejap. Kalau boleh nak lama T.T. Masa tu ALLAH je tahu apa perasaan aku sebab dah 3-4 kali aku PATAH HATI asyik cancel last minute je nak jumpa dia. Memang sedih duh.

Macam biasa, dia memang baik and sporting. Tu yang buat aku melekat and sayang gila kat dia. Aku dah anggap dia macam Abang dah. Dia lah sumber inspirasi dan semangat aku. Tapi sedih, Abang dari jauh je. Tak dapat nak luahkan perasaan dan tumpang kasih sayang sepenuhnya. Aku Cuma anak tunggal. Lagi satu, aku tak sempat bercakap dengan Kak Diyana. Sedihnyaaaaaaaaaa!!!Sebenarnya dia ada depan aku, tapi aku tengok muka dia serious je aku takut pula nak tegur. Dia pun tak tegur aku. Mungkin takdir kot.

And sebelum aku balik, aku ada bagi hadiah yang aku tak dapat nak bagi sebab parents aku tak bagi pergi Birthday Party Abg Aaron 23 February. Masa aku bagi tu dia buat muka kesian pula dan berkata “Susah susah je”. Tak susah bang, saya sayang abang sangat sangat. Abg tak pernah pun susahkan saya J. Tapi aku suka tengok reaksi dia masa dia terima hadiah tu. Aku pun sempat juga luahkan perasaan sedih aku bila tak dapat pergi party tu and aku pun ada cakap “Jangan lupa wish birthday kita 9 April nanti tau”. Dia just kata “Oh okay”. Dan aku berharap sangat dia tak lupa. Kalau tak sedihlah aku T.T

Okay lah, tu je yang aku nak cerita. Another historic day in my life. Ni kali ke 3 jumpa dia. Kesian kan? Orang lain berpuluh kali. Sebab aku duduk JB. Kalau dia dah tak ada kontrak lagi dengan M7, mungkin susah aku nak jumpa dia. Apappun, Heartz You Deep Deep Aaron Aziz. I love you sampai mati. Jumpa abang and family kat Jannah nanti. Insya-ALLAH.




THANKS FOR MADE MY LIFE BEING REALITY :D


iAmMaisarah 

Labels:



Old things | New things